21/05/2009
Kenapa Agel – bahagian pertama
Agel pada saya bukan sahaja mempunyai produk yang baik malahan pelan perniagaannya mudah dan tidak membebankan. Kenapa saya katakan begitu… di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengapa agel adalah produk yang baik untuk di amalkan.
Bagi pandangan peribadi saya, produk agel memang bagus sebab yang pertama ia senang di bawa ke mana-mana kerana paketnya yang kecil,cantik dan mudah disimpan di mana-mana sahaja samada nak letak di dalam poket atau di dalam beg. Sebab kedua kerana ia senang dan sedap dimakan apa yang perlu dibuat cuma mengoyakkan bahagian atasnya dan anda boleh terus menghisap gel yang ada di dalamnya dan yang paling best sekali anda tak perlu nak minum air selepas memakannya.
Sebab yang ketiga bila anda makan agel ni anda akan dapat rasa perbezaannya sebab agel ni akan terus meresap ke badan anda dan zat-zat yang dibekalkan oleh produk agel ni akan terus bertindak secara semulajadi ke atas badan anda kira-kira macam anda terima suntikan bila ubat yang disuntik itu akan terus bertindak ke atas badan anda dan badan anda akan mula memberi reaksi positif terhadap ubat tersebut.
Di sini saya ingin berkongsi beberapa testimoni dengan anda mengenai pengalaman-pengalaman mereka yang telah memakan agel
Seperti yang saya pernah ceritakan tentang pengalaman saya sendiri di mana selepas 2 hari mengambil agel Exo saya telah dapat membuang air besar dan kini setiap hari saya tiada masalah untuk ke tandas lagi. Untuk pengetahuan anda sebelum ini setiap 2-3 hari baru dapat saya membuang air besar. Selepas sebulan mengambil Exo saya juga perasan bahawa resdung saya sudah berkurangan dan rambut saya juga kurang gugur.
Saya juga ingin bercerita tentang ibu saya yang telah berumur 80 tahun. Pada usia macam tu biasalah dia tidak boleh berjalan jauh dan selalunya dia berjalan dalam keadaan yang tidak lurus, susah untuk menaiki tangga tanpa ada orang yang membantu dan sering letih dan lesu kalau menaiki kereta lebih2 lagi kalau perjalanan yang agak jauh. Memandangkan saya telah memakan agel dan nampak kesan positifnya saya telah memberi ibu saya Exo dan Umi secara berselang seli dan kadangkala dia juga makan Ohm. Selepas 2 minggu saya dapati perbezaan yang amat ketara pada diri ibu saya di mana saya telah membawa ibu saya ke Melaka untuk melawat sepupu saya dan saya terperasan dia tidak langsung menampakkan keletihan bila sampai ke melaka (dari KL) dan kami juga balik ke KL pada hari yang sama dan bila sampai saja ke rumah saya tengok ibu saya terus aje menaiki 6 anak tangga dengan lajunya tanpa sempat saya membantu dia. Bila sampai di rumah pun dia masih tak menunjukkan tanda keletihan dan masih boleh bersembang2 lagi dengan saya walhal sebelum ini pusing2 dalam kawasan pekan pun ibu saya dah letih dan lesu.
Ini gambar ibu saya sedang mengambil Exo.

Testimoni ketiga ialah mengenai sepupu saya iaitu Kak Dah yang tinggal di Melaka. Kak Dah ni telah mengalami sakit lutut yang agak teruk juga akibat kemalangan sewaktu muda dahulu dan sekarang ni dia terpaksa menggunakan tongkat bila berjalan atau untuk membuat kerja dan apatah lagi bila dia nak bersolat susah untuk dia berdiri kakinya terasa amat sakit sekali. Jadi sewaktu saya melawat dia bersama dengan ibu saya, saya telah memberikan dia Exo dan lebih kurang dalam 1 jam selepas mengambil Exo saya bertanyakan kepada dia ada tak dia merasakan apa-apa perbezaan dan katanya dia terasa ringan sikit dan saya tinggalkan padanya Umi dan Ohm untuk dia makan. Esoknya paginya dia telah mengambil Umi dan sebelah malam dia telah menelefon saya dan mengatakan dia rasa sangat gembira sebab badan dia terasa ringan dan sakit pada lututnya dah berkurangan. Dia terus minta saya hantarkan sekotak Exo untuk dia supaya dia boleh makan setiap hari dan sakit pada lututnya boleh pulih dan dan dia boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat.
Pada masa yang sama Kak Dah telah memberikan Ohm kepada anak perempuannya yang mengadu sakit tumit dan alhamdulillah selepas memakan Ohm sakit tumit tu juga telah hilang.
Saya sangat teruja untuk bercerita tentang kebaikan agel ini memandangkan saya dapat membantu mereka yang sakit ini di mana keriangan dan kesyukuran mereka apabila dapat pulih atau sekurang2nya mengurangkan kesakitan mereka itu secara perlahan2 amat menggembirakan saya.
Cukuplah setakat ini dulu nanti di masa akan datang saya akan bercerita lagi tentang testimoni mereka yang telah memakan agel ini.
Pada bahagian kedua nanti saya akan bercerita kepada anda tentang bagaimana pula kita nak jadi kaya dengan agel ni melalui pelan perniagaannya yang sangat bagus.